{Mrs} Akhirnya..

5 06 2009

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya rumah yang dibeli siap akhirnya. Dan kami dengan jayanya telah mendiami rumah baru kami. Alhamdulillah. Dan aku sangat bersyukur rumah siap sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. So, raya kali ni, siapa-siapa yang hendak bertandang kena lah ke Alam Budiman. Telefon dulu, insyaAllah akan kami tunggu. :)

Tapi, biasalah.. sekali dengan pakej pindah rumah, kami mula la sakit-sakit badan. Penat mengemas belum habis lagi, pinggang dah macam nak patah. Adoi…





{Mrs} Wira SE 1.5 (AT) For Sale

13 05 2009

Hari ni, aku dan Mr Zaid dah ambil keputusan nekad. Nak jual Wira kesayangan ku. Aku yang mulakan idea ni. Sebab aku dok membelek bil kad kredit, dan aku terfikir betapa selama ini, kami banyak membazir. Dua kereta, menyebabkan belanja rumah kami selama ni, boleh dikatakan dua kali. Sedangkan, abang cuma memarkir keretanya di stesen LRT setiap hari. Lebih baik, aku sahaja yang menghantar dan mengambilnya setiap hari. Sebenarnya memang sudah kufikirkan hal ni dari dulu. Tapi, masih sayangkan kereta pertamaku ini…

Idea ni menjadi semakin kukuh, apabila kami mendapat kunci rumah baru. Keadaan porch kereta yang agak membukit, membahayakan keretaku. Kerana Wira SE, memang terkenal dengan keadaannya yang rendah. Jadi, ini menambah sebab mengapa kami harus lepaskan Baby Wira pergi. Hmmm…

Jadi, aku dengan nekadnya mengambil keputusan ini. Siapa yang berminat untuk membeli kereta Wira ku, boleh lah menghubungi aku or Mr Zaid.  :)





{Mrs} Peperiksaan Akhir

22 04 2009

Hmm.. setelah agak lama tak menulis, tiba rasa nak mencoret sesuatu.Sebenarnya tgh sibuk sangat sekarang ni. Almaklum, peperiksaan akhir baru bermula. Kawan-kawan ada yang tertanya-tanya. Kenapa makin sibuk bila peperiksaan bermula? Aku bukannya sibuk menanda kertas jawapan pelajar. Tapi,ebih sibuk menguruskan pengendalian peperiksaan. Dengan gila kuasanya, aku telah dilantik menjadi tok ketua bagi urusan peperiksaan akhir di fakulti. Dengan terlalu banyak kontroversi (takde la banyak sangat…) kerja-kerja mengendali exam menjadi agak sukar. Letih juga dibuatnya. Exam baru bermula 3 hari, aku sudah tidak tahan dengan komplen2 yang ku dengar.

Sebenarnya, tugas aku sebagai tok ketua AJK exam memang kena pekakkan telinga. Dan, aku rasa telinga ku ni, dah agak tebal sebab buat pekak. Biasa la, bukan semua orang suka diarah mengawas peperiksaan. Sedangkan, di UiTM, itu dah merupakan tugas hakiki pensyarah.

Ni, dapat komplen ttg bilik exam yang sempit. Hmm.. sememangnya bukan pertama kali ku dengar. Dari hari pertama peperiksaan lagi. Tapi, apa harus ku lakukan? Bilik peperiksaan memang tidak mencukupi. Bangunan baru, sama sahaja masalahnya. Masalahnya, semakin banyak bilik peperiksaan dibuka, semakin ramai pengawas diperlukan. Nanti, kalau ku tambah jadual pengawasan, masing2 akan komplen lagi. Bila nak habis komplen?

Hmm.. Tak apa lah. Esok, aku akan cuba cari jalan penyelesaian…





{Mrs} Siti Aisyah Kesayangan Ayah dan Ibu

17 03 2009





{Mr} Hari yg membosankan

12 03 2009

Ya Allah, mengapa kurasakan sungguh bosan dan tidak bermaya tatkala masa banyak terluang? Hari ini, kerja tidak banyak yg mendatang…. kecuali tugasan2 master aku… namun, aku tidak sekuat dulu… entah mengapa tiba2 kekuatanku untuk membuat assignment menurun….. tidak sebelum ini, yg mana aku berusaha mencuri masa untuk membuat tugasan yg diberikan… tetapi kali ini terbalik… aku seolah2 hilang kekuatan dan tidak bermaya untuk membuat kerja… apa yg aku fikirkan sekarang ini ialah….. Tisya…. bagaimanalah keadaan si tubuh kecil yg kedengaran sudah lama makan minumnya tidak menentu…. ya Allah, Kau selamatkanlah kanak2 yg bernama tisya yg kukenali ini……





{Mr} Apa nak tulis ek?

8 03 2009

Itu yg bermain di mindaku…. pg td sebelum aku bergerak ke kelas di UTM dan isteriku bergerak ke sg. besar (kampungnya), isteriku berpesan kpdku untuk mengemaskini blog ini (zaid2zaida) …  apa tidaknya, aku asyik sibuk mengemaskini blog aku jer…  blog tu agak baru dan pembacanya masih tidak ramai lg…ada la privacy sikit….hehehe…

aku ke UTM hari ini ada test (subjek Network Security) manakala isteriku ke kampunnya untuk membantu kaum keluarganya membuat persiapan kenduri kahwin sepupunya yg akan berlangsung pada 21 hb Mac ini…. aku terpaksa meminta supaya dibatalkan kelas pd hari tsbt semata2 untuk bersama2 membantu di majlis tersebut sekurang2nya… aku ditugaskan sbg tukang cuci pinggan mangkuk bersama2 pak ciknya dan beberapa saudara maranya…. pergh… mesti penat kalau mencuci… bangun tunduk bangun tunduk…. itulah pengalaman aku semasa membantu kenduri jiranku beberapa tahun lepas…. hehehe…

p/s: sayang, ok tak update mcm nie jer…. sorry la tak tau nak tulis apa…. hehehe





{Mrs} Hikmah Baca Yassin

6 03 2009

Bacalah surah Yassin, ia penuh dengan keberkatan…

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya”.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang
sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah
Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya
dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya
ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
munafik.

~Komuniti Syukur

Sebenarnya, aku ingin berkongsi sedikit kelebihan ayat Surah Yassin. Ini ku dapati daripada Ustazah Fatimah Azzahrah, dalam satu CDnya. Surah Yassin ini sungguh hebat. Allah turunkan buat kita amalkan. Satu ayat yang boleh dikatakan powerful,

yasinPesanan ustazah, amalkan bangun tengah malam, ambil air, baca ayat ini 100kali dengan al-fatihah dan ayat kursiy. InsyaAllah dimakbulkan doa. Cuba lah…





{Mrs} Parking -cont’d

26 02 2009

Hmm.. After one of my colleague sent an email to the respective officer, a new route was introduced. Last Tuesday, 8.30am, arrived at the UiTM’s gate. The traffic is sooooo slow. Why? The guards are standing in the middle of the junction (near Pusat Kesihatan). They are diverting all the students’ cars to Padang kawad. Wah.. That’s better. And it was effective. Not so much students’ cars parked by the side of the roads. And even more parking available for the staffs. Ok.. Good job.

Wednesday, 8.30am. Hmm.. Good. Students’ cars were again diverted to Padang Kawad. Alhamdulillah, got parking for my car.

Thursday. No more guards standing right there. They were tired, perhaps. Effect? Yup, you guessed correctly. Parking full. The traffic again, congested.

Yana was right. We were once students here in uitm. We also drove our parents cars to class. But, there are no parking issues back then. Even, we didn’t threaten our lecturer if we didn’t get any parking. And, we couldn’t afford to drive a Mercedez or BMW to class.. So, no need to park the car at Professor’s parking lot. It is soooo different now.





{Mrs} Valentine

17 02 2009

Hmm.. dah beberapa hari nak ku tulis mengenai Valentine’s Day. Bukan apa, dah ramai sangat orang Islam, yang terlupa maksud Valentine’s Day. Kononnya hari kekasih. Teringat pada satu artikel dalam suratkhabar.. Haram Tetap haram.. Malah dibincangkan dengan terperinci dalam Halaqah (ke, al-kuliyyah… tak ingat la pula..) baru-baru ni.

Jadi, ni nak tolong anda semua memahami mengapa haramnya menyambut hari valentine ni…

Taskirah TTg valentine’s Day





{Mrs} Kembali bersama ~ruangku~

11 02 2009

Cuma ingin memberitahu, ~ruangku~ akan kembali aktif. Tapi, cuma untuk tatapan pihak tertentu sahaja. Perlukan sedikit privasi dan berkongsi kisah dengan orang-orang yang hampir dan dekat di hatiku. Tapi, jangan risau, laman ini tetap akan kuziarahi setiap masa… Maaf ye, perlu sedikit ruang untuk diri sendiri… :)