{Mrs} Lawatan Bean

22 02 2010

Petang ini, aku terima kunjungan seorang bekas pelajar, yang masih memanggil aku ‘miss’. Hehehe.. rindu dengan panggilan manja tu. Melihat kejayaan bekas pelajarku, hmm.. bangga. Rizwan a.k.a Bean, antara pelajarku yang cemerlang. Kerjaya dah stabil, malah ada syarikat sendiri. Ada sesiapa berminat nak buat menantu? Hehehehe.. Kalau aku ada anak gadis, mungkin aku pertimbangkan…

Aku tercari-cari karakter Bean dalam pelajar-pelajarku sekarang. Sememangnya sukar dicari. Pelajarku sekarang, lebih manja, suka bergantung dengan setiap bahan yang kuberi, malah hendak membuat keputusan pun, perlu pensyarah yang putuskan. Kurang pendirian.. Agak berbeza dengan pelajar-pelajar seangkatan Bean.. Bukan Bean seorang yang kumaksudkan. Semua yang seangkatan dengannya…





Call for Paper: NEW INTERNATIONAL CONFERENCES organized by WSEAS & NAUN

2 12 2009

Got this email, requesting us to post it our notice board. I don’t have any board, so post it here..😛

NEW INTERNATIONAL CONFERENCES

The following conferences are organized by WSEAS & NAUN in
Vouliagmeni Beach, Athens Greece, December 29-31, 2009





{Mrs} Ish.. Berhabuk!

16 11 2009

Hahaha.. title pun dah tahu.. Berhabuk dah blog nih. Gile lama tak update. Bukan takde cerita. Banyak sangat, tapi malas nk nulis.

Untuk buang sawang-sawang kat blog ni, aku tulis jugak la.. Kesian kat org yang lalu lalang, abis bersin kene abuk blog nih.. hehehe..

Sekarang tengah sakit pinggang yang teramat sangat. Tak tau kenapa. Kelmarin gastrik siap pakej dengan migrain sekali. Pastu, sambung pulak dengan sakit pinggang nih. Apa kaitan sakit pinggang dengan gastrik dan migrain? Ntah, jangan tanya aku.. Aku tak tau…

Marking tak sudah-sudah lagi. Projek akhir dah nak present plak esok. Semoga diorang boleh lulus.. Tengok gaya report masing-masing macam takde harapan je…😦





{Mrs} Akhirnya..

5 06 2009

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya rumah yang dibeli siap akhirnya. Dan kami dengan jayanya telah mendiami rumah baru kami. Alhamdulillah. Dan aku sangat bersyukur rumah siap sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. So, raya kali ni, siapa-siapa yang hendak bertandang kena lah ke Alam Budiman. Telefon dulu, insyaAllah akan kami tunggu.🙂

Tapi, biasalah.. sekali dengan pakej pindah rumah, kami mula la sakit-sakit badan. Penat mengemas belum habis lagi, pinggang dah macam nak patah. Adoi…





{Mrs} Peperiksaan Akhir

22 04 2009

Hmm.. setelah agak lama tak menulis, tiba rasa nak mencoret sesuatu.Sebenarnya tgh sibuk sangat sekarang ni. Almaklum, peperiksaan akhir baru bermula. Kawan-kawan ada yang tertanya-tanya. Kenapa makin sibuk bila peperiksaan bermula? Aku bukannya sibuk menanda kertas jawapan pelajar. Tapi,ebih sibuk menguruskan pengendalian peperiksaan. Dengan gila kuasanya, aku telah dilantik menjadi tok ketua bagi urusan peperiksaan akhir di fakulti. Dengan terlalu banyak kontroversi (takde la banyak sangat…) kerja-kerja mengendali exam menjadi agak sukar. Letih juga dibuatnya. Exam baru bermula 3 hari, aku sudah tidak tahan dengan komplen2 yang ku dengar.

Sebenarnya, tugas aku sebagai tok ketua AJK exam memang kena pekakkan telinga. Dan, aku rasa telinga ku ni, dah agak tebal sebab buat pekak. Biasa la, bukan semua orang suka diarah mengawas peperiksaan. Sedangkan, di UiTM, itu dah merupakan tugas hakiki pensyarah.

Ni, dapat komplen ttg bilik exam yang sempit. Hmm.. sememangnya bukan pertama kali ku dengar. Dari hari pertama peperiksaan lagi. Tapi, apa harus ku lakukan? Bilik peperiksaan memang tidak mencukupi. Bangunan baru, sama sahaja masalahnya. Masalahnya, semakin banyak bilik peperiksaan dibuka, semakin ramai pengawas diperlukan. Nanti, kalau ku tambah jadual pengawasan, masing2 akan komplen lagi. Bila nak habis komplen?

Hmm.. Tak apa lah. Esok, aku akan cuba cari jalan penyelesaian…





{Mrs} Siti Aisyah Kesayangan Ayah dan Ibu

17 03 2009





{Mr} Hari yg membosankan

12 03 2009

Ya Allah, mengapa kurasakan sungguh bosan dan tidak bermaya tatkala masa banyak terluang? Hari ini, kerja tidak banyak yg mendatang…. kecuali tugasan2 master aku… namun, aku tidak sekuat dulu… entah mengapa tiba2 kekuatanku untuk membuat assignment menurun….. tidak sebelum ini, yg mana aku berusaha mencuri masa untuk membuat tugasan yg diberikan… tetapi kali ini terbalik… aku seolah2 hilang kekuatan dan tidak bermaya untuk membuat kerja… apa yg aku fikirkan sekarang ini ialah….. Tisya…. bagaimanalah keadaan si tubuh kecil yg kedengaran sudah lama makan minumnya tidak menentu…. ya Allah, Kau selamatkanlah kanak2 yg bernama tisya yg kukenali ini……








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.