{Mrs} Hikmah Baca Yassin

6 03 2009

Bacalah surah Yassin, ia penuh dengan keberkatan…

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya”.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang
sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah
Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya
dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya
ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
munafik.

~Komuniti Syukur

Sebenarnya, aku ingin berkongsi sedikit kelebihan ayat Surah Yassin. Ini ku dapati daripada Ustazah Fatimah Azzahrah, dalam satu CDnya. Surah Yassin ini sungguh hebat. Allah turunkan buat kita amalkan. Satu ayat yang boleh dikatakan powerful,

yasinPesanan ustazah, amalkan bangun tengah malam, ambil air, baca ayat ini 100kali dengan al-fatihah dan ayat kursiy. InsyaAllah dimakbulkan doa. Cuba lah…


Actions

Information

One response

6 03 2009
zaid

alhamdulillah… dah abis baca buku tu jugak… eh… oppsss… dgr cd ….

Leave a comment