{Mrs} Lawatan Bean

22 02 2010

Petang ini, aku terima kunjungan seorang bekas pelajar, yang masih memanggil aku ‘miss’. Hehehe.. rindu dengan panggilan manja tu. Melihat kejayaan bekas pelajarku, hmm.. bangga. Rizwan a.k.a Bean, antara pelajarku yang cemerlang. Kerjaya dah stabil, malah ada syarikat sendiri. Ada sesiapa berminat nak buat menantu? Hehehehe.. Kalau aku ada anak gadis, mungkin aku pertimbangkan…

Aku tercari-cari karakter Bean dalam pelajar-pelajarku sekarang. Sememangnya sukar dicari. Pelajarku sekarang, lebih manja, suka bergantung dengan setiap bahan yang kuberi, malah hendak membuat keputusan pun, perlu pensyarah yang putuskan. Kurang pendirian.. Agak berbeza dengan pelajar-pelajar seangkatan Bean.. Bukan Bean seorang yang kumaksudkan. Semua yang seangkatan dengannya…








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.