{Mrs} Peperiksaan Akhir

22 04 2009

Hmm.. setelah agak lama tak menulis, tiba rasa nak mencoret sesuatu.Sebenarnya tgh sibuk sangat sekarang ni. Almaklum, peperiksaan akhir baru bermula. Kawan-kawan ada yang tertanya-tanya. Kenapa makin sibuk bila peperiksaan bermula? Aku bukannya sibuk menanda kertas jawapan pelajar. Tapi,ebih sibuk menguruskan pengendalian peperiksaan. Dengan gila kuasanya, aku telah dilantik menjadi tok ketua bagi urusan peperiksaan akhir di fakulti. Dengan terlalu banyak kontroversi (takde la banyak sangat…) kerja-kerja mengendali exam menjadi agak sukar. Letih juga dibuatnya. Exam baru bermula 3 hari, aku sudah tidak tahan dengan komplen2 yang ku dengar.

Sebenarnya, tugas aku sebagai tok ketua AJK exam memang kena pekakkan telinga. Dan, aku rasa telinga ku ni, dah agak tebal sebab buat pekak. Biasa la, bukan semua orang suka diarah mengawas peperiksaan. Sedangkan, di UiTM, itu dah merupakan tugas hakiki pensyarah.

Ni, dapat komplen ttg bilik exam yang sempit. Hmm.. sememangnya bukan pertama kali ku dengar. Dari hari pertama peperiksaan lagi. Tapi, apa harus ku lakukan? Bilik peperiksaan memang tidak mencukupi. Bangunan baru, sama sahaja masalahnya. Masalahnya, semakin banyak bilik peperiksaan dibuka, semakin ramai pengawas diperlukan. Nanti, kalau ku tambah jadual pengawasan, masing2 akan komplen lagi. Bila nak habis komplen?

Hmm.. Tak apa lah. Esok, aku akan cuba cari jalan penyelesaian…


Actions

Information

2 responses

24 04 2009
yani

kite faham situasi awak..
even kite mase jadi SKP kat dean’s offc yg sekejapan pun tau situasi
lecturer pun manusia jugak, bnyk kerenah..
bwk2 la bsabar…

13 05 2009
aida

sabar je la bedah…aku pun tgh bz giler siapkan markah student, next week nak final dah, continuous assessment tak siap lagi, dah la baru balik kursus 2minggu…letih2…sibaik mak buyung mcm aku tak dibagi jadual mengawas exam, just ganti lecturer yg xde, kira rezeki la… banyak2 la sabar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.