{Mrs} Parking -cont’d

26 02 2009

Hmm.. After one of my colleague sent an email to the respective officer, a new route was introduced. Last Tuesday, 8.30am, arrived at the UiTM’s gate. The traffic is sooooo slow. Why? The guards are standing in the middle of the junction (near Pusat Kesihatan). They are diverting all the students’ cars to Padang kawad. Wah.. That’s better. And it was effective. Not so much students’ cars parked by the side of the roads. And even more parking available for the staffs. Ok.. Good job.

Wednesday, 8.30am. Hmm.. Good. Students’ cars were again diverted to Padang Kawad. Alhamdulillah, got parking for my car.

Thursday. No more guards standing right there. They were tired, perhaps. Effect? Yup, you guessed correctly. Parking full. The traffic again, congested.

Yana was right. We were once students here in uitm. We also drove our parents cars to class. But, there are no parking issues back then. Even, we didn’t threaten our lecturer if we didn’t get any parking. And, we couldn’t afford to drive a Mercedez or BMW to class.. So, no need to park the car at Professor’s parking lot. It is soooo different now.





{Mrs} Valentine

17 02 2009

Hmm.. dah beberapa hari nak ku tulis mengenai Valentine’s Day. Bukan apa, dah ramai sangat orang Islam, yang terlupa maksud Valentine’s Day. Kononnya hari kekasih. Teringat pada satu artikel dalam suratkhabar.. Haram Tetap haram.. Malah dibincangkan dengan terperinci dalam Halaqah (ke, al-kuliyyah… tak ingat la pula..) baru-baru ni.

Jadi, ni nak tolong anda semua memahami mengapa haramnya menyambut hari valentine ni…

Taskirah TTg valentine’s Day





{Mrs} Kembali bersama ~ruangku~

11 02 2009

Cuma ingin memberitahu, ~ruangku~ akan kembali aktif. Tapi, cuma untuk tatapan pihak tertentu sahaja. Perlukan sedikit privasi dan berkongsi kisah dengan orang-orang yang hampir dan dekat di hatiku. Tapi, jangan risau, laman ini tetap akan kuziarahi setiap masa… Maaf ye, perlu sedikit ruang untuk diri sendiri… :)





{Mrs} Parking

7 02 2009

Sedang bosan menunggu para pelajarku menjawab kertas ujian. Cuma tinggal setengah jam lagi. Teringat kisah yang dikirimkan oleh seorang rakan sekerja melalui email. Mengenai kejadian di kawasan parking. Sejak semester bermula, para pensyarah nampaknya seperti berperang dengan pelajar-pelajar. Kerana masalah parking. Memang merumitkan, bila terpaksa berkejar dari kelas di fakulti lain, hendak mengajar pula di fakulti sendiri. Bayangkan kalau kelas jam 8.30 hingga 10.30 di fakulti lain. Sekembali ke fakulti untuk masuk ke kelas jam 10.30 pula, parking pula tiada. Bukan UiTM tak sediakan parking khas untuk pensyarah. Cuma, setiap parking tersebut sudah dipenuhi pelajar-pelajar dari fakulti depan sana (Mass Comm). Huh! Memang seksa. Kalau terlewat tiba, jawabnya para pelajar chow chin chow… kerana beranggapan kelas batal. Susah!

Peristiwa itu..

Pensyarah menegur pelajar yang parking di parking staf.

Pelajar: “Where should I park? Why do the lecturers need all the parking space??”

Pensyarah: “Dont you knw how to talk to a lecturer?”

Pelajar memaki-maki.. Pensyarah meminta no pelajar. Pelajar tak mahu beri. Pensyarah cuba ambil gambar pelajar.

Pelajar: “This is harrassment! I will report to the police!”

Sejurus itu, pensyarah tersebut pun pergi dengan menaiki keretanya. Petang itu, kereta pensyarah pancit satu tayarnya.

Hmm… Kebetulan kan? Ini lah gaya para pelajar yang digelar mahasiswa/i universiti kebelakangan ini. Malah seorang lagi pensyarah pernah mengadu, pelajar lelaki, mengajaknya bertumbuk kerana ditegur parking. Hmmm…

Kadang-kadang, aku jadi takut melihat pelajar sendiri. Tapi, kalau beginilah hasilnya selepas bergraduat dari UiTM, aku dapat rasakan para pensyarah telah gagal mendidik anak bangsa sendiri.. :(





{Mrs} My students

4 02 2009

Pagi ini, aku meninjau-ninjau pembaca blog ini. Barulah aku sedari blogku ini telah dijumpai oleh para pelajarku. Aduh… Tak privasi langsung. Dari mana mereka jumpa? Hmm??? Pelik juga. Tapi, biarlah. Tujuan blog ni, cuma sebagai tempat ku mencoret rasa. Ekspressi diriku. (Macam iklan hotlink pulak..) So, to all my students, welcome. Dan, kalau rasa-rasa nak add the link of this blog to yours, jangan segan-segan inform.. Bukan apa, it’s nice to read your blogs as well.. :)





{Mrs} My Best Friend Engagement

2 02 2009

Hari sabtu lepas, termetarai sejarah antara sahabat baikku, Ana Natrah dan tunang nya, Hisyam. Aku tersangat-sangatlah gembira. Pagi itu, sebelum bertolak ke rumah Ana, aku terasa debarannya. Hehehe.. Orang lain yang nak bertunang, orang lain yang terlebih berdebar. :)

Sampai di rumah Ana, terus naik ke biliknya. Ana tengah mekap. Wah, cantik sungguh anak dara ni. Maklum la, Kak Yong (yang juga mak andamku semasa pertunangan, pernikahan dan persandinganku…) yang mengandam. Love it lah, Kak Yong! Ana tetap sporting walaupun, kakaknya sendiri yang mengandam. Caya lah!
Bukti keanggunan sahabat baikku? Maaf, belum sempat upload gambar. Nanti-nanti akan ku lekatkan fotonya di sini. (ooppss.. ni gambar dari kamer ana sendiri… cantik kan?)

mosaic_zIngin kuucapkan tahniah buat Ana sekeluarga. Agak terharu pada hari itu. Sahabat baikku akan meninggalkan zaman bujangnya. Nah, lepas ni, mungkin agak terhad masa untuk kami bersama.. Sejak aku kahwin pun, sudah jarang dapat bertemu muka dengan sahabat-sahabat lama. Bukan Cik Zaid menghalang, namun kesibukan yang menjadi rintangannya. Oh, ye? Aku belum sempat mengucapkan tahniah buat kelahiran Ikram Dinzly, eh.. Ikram Darwish.. :) Dah hampir 2 bulan kan? Mama Ikram apa khabar lah agaknya. :D

Ahaaa… gambar rumah baruku.. Tapi, belum boleh masuk lagi. Masih dalam proses mendapatkan CF…

dsc02409dsc02410